ЁЯМР Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan

ЁЯУН Lokasi: SK Kem Pengkalan Chepa
ЁЯУЕ Tarikh: Selasa, 2 September 2025
тП░ Masa: 10.45 pagi - 1.00 tengahari

NADI Kampung Pantai Sabak dengan kerjasama NADI Kampung Padang Kala telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai kepentingan menggunakan Internet secara bijak, beretika dan selamat.


ЁЯОп Objektif Program (Murid Tahap 2)
Program ini bertujuan membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab. Antara objektif khususnya ialah:

тЬЕ Memberi kefahaman tentang had umur minimum (13 tahun) bagi penggunaan media sosial.
тЬЕ Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak.
тЬЕ Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang bermanfaat dan sesuai dengan usia mereka.
тЬЕ Memupuk tabiat digital yang sihat serta kesedaran asas keselamatan dalam persekitaran digital.

ЁЯСе Peserta:
106 orang pelajar Tahun 6

ЁЯУЦ Modul yang Digunakan:
*Modul Ringkas untuk pelajar Sekolah Rendah (10 - 12 Tahun).

2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.

Ikon K-DAT Sekolah:

- Ikon K-DAT (Guru)
- тБаEncik Muhammad Izuan Bin Ibrahim

- Ikon K-DAT (Pelajar)
- Nurnisreen Binti Rosdi

ЁЯУЪ Aktiviti:

Modul Ringkas Tahap 2 yang terbahagi kepada 3 pelajaran:
* Pelajaran 1: Had umur 13 tahun di platform media
* Pelajaran 2: Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
* Pelajaran 3: Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat

тЬЕ Hasil Program:
Program ini berjaya memberikan murid-murid pemahaman asas tentang cara menggunakan internet dengan berhemah. Mereka juga didedahkan tentang kepentingan mematuhi had umur minimum bagi penggunaan media sosial serta diingatkan mengenai risiko sekiranya internet digunakan tanpa pengawasan. Selain itu, program ini turut mendorong murid meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan