🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) Negeri Kelantan
📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong
📅 Tarikh: 27 Ogos 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 10.30 pagi – 1.30 tengah hari
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Kedai Tanjong. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berstruktur yang menekankan pembangunan literasi digital secara berperingkat, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah, selaras dengan keperluan pembentukan masyarakat bermaklumat.
🎯 Objektif Program
Objektif utama KIS bagi murid Tahap 2 adalah untuk:
➡Meningkatkan tahap literasi digital asas dalam kalangan murid agar mereka mampu menggunakan teknologi secara berhemah.
➡Menjelaskan~ rasional had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial, berasaskan kepada faktor perkembangan psikososial dan risiko keselamatan siber.
➡Mengukuhkan kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian, termasuk buli siber, penipuan digital, pencerobohan privasi serta pengantunan siber (online grooming).
➡Menggalakkan penerokaan alternatif bermanfaat sebagai sebahagian daripada strategi pencegahan terhadap ketagihan gajet dan pendedahan tidak terkawal.
👥 Penyertaan
Peserta: 75 orang murid tahun 4, 5 & 6
Pelaksanaan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan modul (Rancangan Sesi Pengajaran – RSP, 10–12 Tahun) yang menekankan kaedah interaktif, penglibatan murid secara langsung dan penilaian kefahaman secara reflektif.
📖 Modul Digunakan
*Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
👥 2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
📝 Aktiviti : Modul 2 dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Tahap 2 dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
➡Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung sebagai pengenalan konsep kolaboratif.
➡Pelajaran 1: Literasi Digital (pengenalan konsep asas penggunaan Internet).
➡Pelajaran 2: Had Umur Penggunaan Media Sosial (rasional 13 tahun ke atas).
➡Pelajaran 3 & 4: Bahaya Media Sosial (pendedahan kepada ancaman dan kesan jangka panjang).
➡Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial (pembentukan gaya hidup seimbang).
✅ Hasil Program
Hasil program menunjukkan bahawa murid:
Secara keseluruhan, pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Kedai Tanjong telah membuktikan keberkesanan modul berstruktur dan interaktif dalam membina kesedaran awal literasi digital. Murid bukan sahaja lebih memahami konsep keselamatan siber, malah mampu menilai implikasi ancaman digital terhadap diri dan komuniti, di samping menyedari kepentingan mematuhi syarat umur media sosial. Pendedahan kepada aktiviti alternatif turut menggalakkan keseimbangan hidup yang lebih sihat. Hal ini menegaskan bahawa pendidikan keselamatan digital sejak peringkat sekolah rendah merupakan asas penting dalam melahirkan generasi yang celik teknologi, beretika dan bertanggungjawab.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan