⚠️ Skim Pelaburan Palsu: Awas Penipuan!
🚨 Lindungi diri anda daripada terjebak dengan skim pelaburan palsu yang sering ditawarkan melalui platform media sosial.
✅ Langkah-langkah untuk kekal selamat:
1️⃣ Semak Status Lesen – Periksa kelulusan syarikat dengan agensi penguatkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2️⃣ Gunakan SEMAKMULE – Pastikan anda menggunakan platform SEMAKMULE PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi.
3️⃣ Elakkan Deposit Wang – Jangan sesekali deposit wang anda ke akaun individu atau entiti yang tidak berkaitan. Pastikan transaksi hanya dilakukan dengan pihak yang sah.
4️⃣ Perhatikan Tanda Amaran – Gunakan konsep TIPU untuk mengenal pasti penipuan.
Senarai rujukan:
🔗 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: https://investsmartsc.my/
🔗 Investment Checker: https://www.sc.com.my/investment-checker
🔗 Semak Mule PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/
🔗 Senarai Amaran Pengguna Kewangan: https://www.bnm.gov.my/financi....al-consumer-alert-li
🔗 Financial Fraud Alert: https://www.bnm.gov.my/financial-fraud-alerts
💡 Pesanan Penting: Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan tinggi. Kekal bijak, semak dahulu, dan lindungi diri anda daripada menjadi mangsa.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
#jangankenascam #kenalsebelumkena #bnm #abm #aibim #fenetwork #financialliteracy #financialeducation #scamalert #malaysiamadani #investsmartsc #seccommy #scam #bijaklabur #silaplaburduitlebur #semaksebelumlabur #letsfightscammertogether #polisdirajamalaysia #royalmalaysiapolice #mcmc #taknakscam #kementeriankomunikasi #soalsekatsebar