Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan di SK Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan yang telah dilaksanakan pada 17 Ogos 2025 (Ahad)
pada 10.30 pagi – 1.30 tengah hari
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah berjaya melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Tok Sangkut. Program ini dirangka khas untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang kepentingan menggunakan Internet secara bijak, beretika dan selamat.
Bagi murid Tahap 2, objektif utama program adalah untuk:
✅ Menjelaskan had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial.
✅ Meningkatkan kesedaran murid tentang risiko dan ancaman dalam talian.
✅ Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang lebih sesuai dan bermanfaat untuk peringkat usia mereka.
👥 Penyertaan Program:
Seramai 75 orang murid Tahun 6.
📖 Modul Digunakan:
Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
6 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
⭐ Ikon K-DAT Sekolah:
Ikon K-DAT (Guru): Mahadi Bin Muhamed
Ikon K-DAT (Pelajar): Mohamad Farish Farhan Bin Mohd Farzli
🎯 Aktiviti:
Tahap 2
Modul 2 dibahagikan kepada 5 kumpulan dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
-Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
-Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
-Pelajaran 2: Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
-Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
-Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
-Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial
✅ Hasil Program:
Program ini bukan sahaja memberi ilmu, malah berjaya menanam kesedaran awal tentang bahaya dunia siber. Murid kini lebih memahami kenapa media sosial hanya sesuai digunakan pada usia 13 tahun ke atas, mengenali ancaman siber dengan lebih jelas, serta didedahkan kepada pelbagai aktiviti positif sebagai ganti penggunaan gajet secara berlebihan. KIS di SK Tok Sangkut berjaya mencapai matlamatnya iaitu membina asas kefahaman murid mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan