Sumber: Ab Rauf Yusoh
𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋! 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑𝟏 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓!
Dulu orang kata urusan rasmi susah bila tinggal di kampung. Tapi sekarang, 600 kampung di Melaka dah masuk era digital sekali gus memberi kemudahan dan manfaat yang besar kepada penduduk.
Justeru, saya nak ajak semua warga Melaka yang telah menerima alamat Kampung Digital, jom tukar alamat Kampung Digital di MyKad masing-masing sekarang!
Tak payah risau, kosnya percuma sampai hujung tahun ini. Kerajaan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri sama-sama tanggung kos ini supaya dapat mengurangkan bebanan rakyat.
Tawaran percuma ini sah sehingga hujung tahun 2025, jadi jangan tunggu lama-lama. Jom kita sama-sama jayakan transformasi digital kampung kita, demi kemudahan dan kesejahteraan semua warga Melaka. Prosesnya pun mudah, bawa surat penukaran alamat ke JPN, siap.
Inilah masa kita sama-sama jayakan transformasi kampung Melaka untuk kemudahan kita semua, untuk kampung yang lebih maju.
#melakakumajujayarakyatbahagiamenggamitdunia
#bijaklaksanatuah
#beranilaksanajebat
#manalagimelakaler