Nama Program/Aktiviti: Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan
📅Tarikh: 21 Julai 2025 (Isnin)
⏰Masa: 8.30 Pagi – 10.30 Tengahari
📍Tempat: Sekolah Kebangsaan Pauh Lima
👥 Kategori Peserta: 50 Orang Pelajar Tahap 2 (Darjah 4 & 5)
📜Keterangan: Program ini adalah usahasama MCMC Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Kota Bharu & Kluster Bachok. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua sekolah rendah.
Taklimat KIS dijalankan secara dalam kumpulan (pergerakan murid mengikut stesen) dengan sokongan staf NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Salor, NADI Jelawat, dan NADI Gunong dan bantuan pegawai MCMC, Encik Azidi dari Pejabat MCMC Negeri Kelantan.
KIS kali ini menggunakan Modul 2 Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 50 orang murid Tahap 2 dari tahun 4 Gamma dan 5 Gamma. Mereka ditempatkan di dewan terbuka sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama.
👥 Peserta:
50 orang murid Tahun 4 & 5
📖Modul yang Digunakan:
Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
6 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru)
- Encik Azis bin Sarji
- Ikon K-DAT (Murid)
- Afham Naufal bin Azis
📚 Aktiviti:
Tahap 2 :
Modul 2 dibahagikan kepada enam bahagian dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
- Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
- Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial
✅ Hasil Program:
Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif dan had umur untuk menggunakan media sosial. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi asas kefahaman penggunaan internet yang selamat, kesedaran kepada murid tentang had umur di akaun media sosial, bahaya penggunaan internet yang tidak terkawal serta menggalakkan mereka untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan


