𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 (𝐊𝐈𝐒) 𝐃𝐈 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝟏
📅 Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 pagi - 10.45 pagi
🧑💻 Peserta : 32 Pelajar
Keterangan
NADI Kluster Pasir Mas telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Sultan Ibrahim 1 bersempena dengan Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas. Turut bersama menjayakan kempen ini adalah NADI Kok Lanas. Dengan menggunakan Modul pelajar sekolah menengah (13–17 tahun), pelajar didedahkan kepada bahaya maklumat palsu, risiko mendedahkan data peribadi, kesan jejak digital dan ancaman seperti pengantunan seksual dalam talian. Melalui gabungan aktiviti dan perbincangan, pelajar dapat memahami tanggungjawab mereka sebagai pengguna digital serta dapat membentuk sikap lebih bijak, selamat dan beretika di internet.
#kempeninternetselamat #pusatsebaranmaklumatnasional
#nadikampungmeranti #pasirmaskelantan See less