11 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah berjaya dengan berlangsungnya Program REACH – Jom Saring Jelajah Negeri Sembilan. Program pemeriksaan kesihatan percuma ini berjaya menarik seramai 35 orang peserta daripada komuniti setempat yang hadir bagi menjalani saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, tahap gula dan indeks jisim badan (BMI).
Lebih istimewa, dengan kehadirn Doktor, dapat memberikan khidmat nasihat kesihatan secara langsung kepada para peserta, khususnya berkaitan penjagaan gaya hidup sihat dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit.Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan kesihatan secara berkala serta menggalakkan penduduk menjaga kesihatan diri.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Felda Pasoh 3 atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Read Less
Syafika Izora
Padam Komen
Anda pasti untuk memadam komen ini ?