Tajuk: Webinar “AI Untuk Mencipta Kandungan”
Program: eKelas Usahawan
Tarikh: 10 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 10 pagi hingga 11pagi
Jumlah Peserta: 1 orang
✅ Webinar ini telah berjaya dilaksanakan secara atas talian di bawah program eKelas Usahawan dengan kehadiran seorang peserta yang berminat untuk meneroka potensi teknologi AI dalam penciptaan kandungan digital.
🎯 Objektif sesi ini adalah untuk memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai alat bantu dalam menghasilkan kandungan kreatif bagi tujuan perniagaan dan pemasaran. Antara topik yang dibincangkan termasuk:
- Penggunaan AI dalam penulisan copywriting
- Idea grafik automatik untuk media sosial
- Tips menjana content menggunakan platform pintar
💬 Peserta memberi maklum balas yang positif dan menunjukkan minat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini demi memperkasa jenama dan penawaran perniagaan mereka.
🌟 Walaupun jumlah peserta kecil, impaknya tetap besar! Ilmu yang disampaikan dapat membuka peluang baru untuk usahawan dalam era digital masa kini.
#ekelasusahawan #webinarai #kandungandigital #belajaruntukbisnes #usahawanbijak #nadiafiintra2025 #nadikampungpadangkala
