Repost 𝐒𝐤𝐦𝐦_𝐦𝐜𝐦𝐜 Jalur Gemilang berkibar di Geneva! 🎉

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi telah memenangi kategori ‘C4: Capacity Building’ atas kejayaannya menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada salah satu komuniti pulau yang terpencil di Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan berteraskan komuniti mampu membawa perubahan yang berkekalan, belia kini celik ICT, wanita berani melangkah memulakan perniagaan dalam talian, dan usahawan tempatan berjaya menembusi pasaran baharu.

Di MCMC, kami akan terus berusaha memastikan tiada komuniti yang tercicir dalam dunia digital. Terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia!

#mcmc
#wsis2025

image