Repost from Fahmi Fadzil.1

Alhamdulillah, saya amat berbangga menerima Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025 di Geneva, Switzerland bagi Projek Inklusif Digital NADI Malaysia yang diterajui MCMC.
Inisiatif ini memenangi kategori ‘Capacity Building’ (Pembinaan Keupayaan) atas usaha memperkasa komuniti terpencil di Pulau Banggi melalui literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi.
Ini merupakan satu pengiktirafan global terhadap usaha Malaysia merapatkan jurang digital, dan membina masa depan yang inklusif untuk semua.
Kejayaan ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada siapa pun terpinggir dalam era digital.
Terima kasih kepada semua pihak atas usaha menjayakan visi Malaysia yang inklusif dan terhubung.
#wsis2025 #malaysiamadani #nadi #pulaubanggi #itu #sdg