Geneva, Switzerland | 7 Julai 2025 — Projek Inklusif Digital NADI Malaysia telah dinobatkan sebagai juara Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025, sekali gus meraih pengiktirafan global atas usaha memperkasa komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan.
Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PB ini telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil dalam satu majlis rasmi di Geneva.
Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tercicir walau di lokasi terpencil sekalipun, sejajar dengan tujuan Hadiah WSIS iaitu meraikan projek ICT yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
NADI bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama. Pencapaian ini membuktikan kedudukan NADI sebagai salah satu program inklusif digital yang bermanfaat di peringkat antrabangsa.
#nadimcmc #perkhidmatanpintarnadi
IG: https://www.instagram.com/p/DL....zpsfPy1sn/?igsh=MTAz
FB: https://www.facebook.com/share..../p/193cNuNjaV/?mibex
TT: https://vt.tiktok.com/ZSBywu15X/