Asslamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Program Cabutan Bertuah Daftar & Menang datang lagi ‼
Program ini sebagai salah satu kempen bagi terus menggalakkan Usahawan untuk beralih kepada pembayaran Digital.
Terma Dan Syarat Penyertaan :
1. Usahawan Wajib Berdaftar Sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
2. Membuka Akaun Bank Perniagaan di Bank pilihan seperti Maybank, Bank Islam, Ambank, RHB Bank, dan lain-lain Bank yang berdekatan atau boleh mendaftar Akaun Bank Perniagaan di program anjuran NADI (Tertakluk kepada jadual NADI)
3. Wujudkan QR Code Perniagaan dan berikan salinan kepada NADI sebagai syarat wajib untuk cabutan bertuah. Tanpa QR Code anda tidak layak untuk cabutan bertuah. Satu Peserta hanya satu penyertaan dan hanya satu QR Code sahaja.
4. Wajib follow media sosial NADI di Facebook, Instagram, dan tiktok untuk memastikan anda tidak ketinggalan sebarang maklumat penting mengenai peraduan ini dan info semasa NADI.
5. Keutamaan yang mempunyai lesen perniagaan(SSM), namun usahawan tidak berdaftar SSM masih layak untuk sertai program.
6. 5 Usahawan yang membuat Pendaftaran terawal akan diberikan satu Soundbox secara percuma terhad kepada 5 usahawan bagi setiap NADI atau 500 unit Soundbox sahaja(100 NADI terawal).
6. Saksikan Cabutan bertuah secara langsung di salah satu Facebook NADI terpilih.
7. Lima (5) Pemenang Cabutan Bertuah bagi setiap Wilayah iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Borneo berjumlah
i - RM 500.00
ii - RM 300.00
iii - RM 200.00
iv - RM 150.00
v - RM 100.00
8. Cabutan Utama RM2000.00 untuk satu Pemenang yang bertuah.
9. Pemenang akan dihubungi ketika live berlangsung.sekiranya pemenang tidak dapat hubungi maksimum 2 kali,cabutan baru akan dibuat.
10. Tarikh tutup penyertaan 30 November 2025 dan cabutan akan dibuat seminggu kemudian. (Tarikh dan masa akan dimaklumkan di salah satu Facebook NADI ).
11. Hadiah adalah seperti tertera pada iklan dan tidak boleh ditukar dengan hadiah yang lain. Peserta tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan setelah mendaftarkan diri. Sebarang unsur penipuan boleh menyebabkan penyingkiran atau kemenangan dibatalkan.
📞 Ada soalan? Hubungi kami sekarang!
www.wasap.my/601162540613/daftardanmenangpaynet
