[1 Jun 2025 Repost YBM Fahmi Fadzil]
Alhamdulillah, selesai menjalankan tanggungjawab mewakili Malaysia pada Mesyuarat Menteri "Asia-Pacific Telecommunity (APT)" 2025 di Tokyo, Jepun. 🇲🇾🇯🇵
Mesyuarat menghimpunkan menteri-menteri dan wakil kanan dari negara-negara Asia Pasifik untuk membincangkan dasar dan kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT).
Sesi yang diadakan setiap 5 tahun ini telah berlangsung dengan penuh semangat kerjasama dan keterbukaan.
Saya berpeluang menyuarakan pandangan serta dasar Kerajaan MADANI dalam beberapa perkara utama, termasuk pembangunan infrastruktur digital yang inklusif serta kesediaan negara membangun menghadapi teknologi baharu seperti 5G, AI dan IoT.
Malaysia turut menekankan komitmen untuk terus menjadi rakan strategik dalam membina rantau yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan teknologi.
Harapan saya, segala resolusi yang dicapai di Tokyo akan diterjemahkan kepada tindakan nyata yang membawa manfaat kepada rakyat, terutama bagi memperluas akses kepada teknologi, meningkatkan kemahiran abad ke-21 dan memperkukuh asas ekonomi berteraskan inovasi.
I extend my sincere appreciation to the Government of Japan for the warm hospitality and steadfast commitment to deepening the bonds of friendship and cooperation between our nations.
誠にありがとうございました。またお会いしましょう。
Makoto ni arigatō gozaimashita. Mata oai shimashō.
Terima kasih. Sehingga kita berjumpa lagi.
Thank you very much. Till we meet again.



