Tajuk: PSA : INTERNET SELAMAT
Dunia maya adalah tanggungjawab nyata. Kita semua memainkan peranan penting dalam memastikan ruang digital kekal selamat dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat. Keselamatan kanak-kanak di internet perlu menjadi keutamaan. Lindungi mereka daripada buli siber, kandungan tidak sesuai dan ancaman dalam talian. Didik anak-anak agar berfikir sebelum berkongsi, berhati-hati semasa melayari laman web dan sentiasa merujuk kepada orang dewasa yang dipercayai. Bersama-sama kita wujudkan persekitaran digital yang sihat dan beretika demi masa depan yang lebih selamat.
#finasmalaysia
#mcmc
#kementeriankomunikasi
#suruhanjayakomunikasidanmultimediamalaysia
#kempeninternetselamat
#internetselamattanggungjawabsemua
#filemkitacitrakita
#malaysiamadani