📍 Program Luar NADI @ Dewan Terbuka Taman Desa, Sg Abong
📅 17 Mei 2025 (Sabtu)
🕗 8.00pagi-12.30tengahari
Program Luar NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI TAMAN DAMAI ) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Terbuka Taman Desa, Sg Abong MUAR sempena Sambutan Hari Wanita anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) Muar bersama Komuniti Madani Simpang Jeram.
Pelbagai aktiviti penerangan dan promosi telah dijalankan termasuk:
✅ Pendaftaran ahli baharu NADI secara percuma
✅ Pengenalan program-program NADI (dikongsikan juga Taqwim Program NADI Taman Damai bulan Mei 2025)
✅ Promosi inisiatif kemahiran NADI X MAHIR (Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Tani Moden, Mahir Baiki Gajet & Mahir Foto)
Sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat mencerminkan sokongan dan kesedaran terhadap kepentingan penyebaran maklumat yang tepat dan bermanfaat.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ini! 💜
#nadimalaysia #ypkdtmuar #komunitimadani #hariwanita2025 #naditamandamai #sebaranmaklumatbersamarakyat #kmsimpangjeram #pusatsebaranmaklumatnasional
