19 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran NADI x E-SUKAN “Mental Kuat, Rank Naik”. Kelas kesedaran ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 4 orang peserta terlibat mendengar kelas kesedaran ini. 4 orang peserta ini merupakan wakil NADI Felda Pasoh 3 dalam pertandingan Mobile Legends Bang Bang yang akan datang.
Ramai masih menganggap e-sukan sekadar hobi membuang masa atau aktiviti tanpa masa depan. Namun, ini adalah mitos. Fakta sebenarnya, e-sukan kini merupakan industri global bernilai berbilion ringgit, dengan peluang kerjaya luas seperti pemain profesional, jurulatih, penganalisis permainan, pengurus pasukan dan pencipta kandungan. Modul ini membantu komuniti memahami bahawa e-sukan bukan hanya tentang bermain permainan, tetapi melibatkan disiplin, strategi, kerjasama, dan kemahiran digital tinggi. Ia juga membuka peluang kepada belia di kawasan luar bandar dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan dan membina kerjaya.
Dengan panduan dan sokongan yang betul, e-sukan mampu menjadi pemangkin perubahan sosial dan ekonomi dalam komuniti. Justeru, penting untuk menghapuskan mitos dan menilai e-sukan secara lebih terbuka dan berfakta. Program ini bukan sahaja menyasarkan generasi muda, tetapi juga golongan dewasa supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keperluan semasa. Secara keseluruhan, modul ini menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih berdaya saing, bijak menilai maklumat, dan bersedia menghadapi cabaran digital pada masa hadapan.

imageimage
+4