Pada 17 April 2025 telah diadakan Program Sambutan Hari Raya Mukim Gunung Semanggol dan Program Jiwa@Komuniti MADANI bagi Komuniti MADANI Gunung Semanggol C.

Program ini merupakan sambutan perayaan dan program kemasyarakatan yang dihadiri sendiri oleh Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Kerian Puan Marshita Othman. Beberapa perkongsian turut diberikan oleh beliau diantaranya adalah peranan Chatbot AIFA yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan untuk memerangi penyebaran maklumat palsu.

Program ini juga turut dihadiri beberapa tetamu jemputan kehormat iaitu Orang Besar Jajahan Kerian, YBhg Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Dato' Ahmad Raziff Bin Dato’ Seri Mohammed Zulkifli, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak DUN Gunung Semanggol, Dato Sham Bin Mat Sahat dan Pegawai Daerah Kerian, Tuan Saidi Bin Hj Shaari.

Sambutan perayaan ini juga diraikan bagi menghargai sokongan dan bantuan yang diberikan oleh semua ahli JPKK Mukim Gunung Semanggol. Kehadiran ramai penduduk kampung merupakan peluang baik kepada Komuniti MADANI untuk berkongsi beberapa maklumat penting bagi meningkatkan kesedaran terutamanya berkaitan buli siber.

Di harap program sebegini dapat memberi pelbagai manfaat kepada orang ramai serta memupuk semangat perpaduan di antara semua pihak. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

#komunitimadanigunungsemanggolc #komunitimadani #nadi

imageimage
+18