Kuching, Sarawak - 14 April 2025 (Isnin): Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, telah merasmikan dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu di Pending dan Padungan, Kuching, Sarawak hari ini, sekali gus memperkukuh usaha merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti setempat.
Dengan penubuhan dua buah NADI baharu ini, Sarawak kini mempunyai sebanyak 156 pusat NADI yang berperanan penting dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti sejajar dengan objektif utama NADI sebagai pusat capaian Internet kolektif, pemerkasaan komuniti, serta penyebaran maklumat yang tepat dan terkini.
YB turut menyeru agar komuniti setempat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan program yang disediakan di NADI, termasuk inisiatif pemerkasaan komuniti melalui program keusahawanan dan pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.
Penubuhan NADI merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan pembangunan komuniti, serta komitmen serius kerajaan dalam memperluas pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

image
image
image