BAU 5 April 2025: Pasukan Info On Wheels Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau melaksanakan hebahan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Skio, Kampung Segubang dan Kampung Sogo di sini, hari ini.
Antara pengisiannya merangkumi ceramah, sembang santai, edaran bahan penerbitan JAPEN dan mendapatkan maklum balas daripada peserta berkaitan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa.

image
image
image
image