PROGRAM SLOT KHAS KOMUNITI MADANI X NADI KG STUNGKOR BARU
Tarikh: 5 April 2025 (Sabtu)
Masa: 10:30 pagi - 12 tengahari
Tempat: Bilik Latihan NADI Kg Stungkor Baru
Peserta: 10 Orang Komuniti MADANI Kampung Opar
Keterangan Program:
NADI Kg Stungkor Baru telah menerima kunjungan Komuniti MADANI Kampung Opar untuk menjayakan Program Slot Khas Komuniti MADANI X NADI anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Lundu bersama NADI Kg Stungkor Baru yang berlangsung 5 April 2025 (Sabtu).
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Slot Khas Komuniti MADANI X NADI ini ialah pendaftaran keahlian NADI secara percuma. Di samping itu juga, taklimat berkaitan dengan program dan Aktiviti Perkhidmatan Pintar NADI juga turut dijalankan. Turut diadakan taklimat berkenaan MyDigital ID dan taklimat dan pendaftaran Jaringan Komuniti MADANI juga telah dilaksanakan.
#mcmc
#nadikgstungkorbaru
#nadinera25


