𝐁𝐚𝐳𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝
.
NADI KG CHENGAL, 22 MAC 2025 – Bazar Raya NADI 2025 yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang tetap meriah dengan kehadiran lebih 200 pengunjung, meskipun berdepan cabaran ruang yang terhad, kapasiti tenaga kerja, limitasi dan tempoh masa singkat bagi persediaan Bazar Raya NADI.
.
Namun, perkara ini tidak menjadi halangan, walaupun lokasi agak terhad, tetapi dengan pengurusan yang sistematik membolehkan program berlangsung dengan lancar dan memberi pengalaman yang positif kepada agensi, usahawan dan semua pengunjung.
.
Program ini menjadi platform penting bagi usahawan tempatan mempromosikan produk mereka serta menggalakkan kesedaran kesihatan dan pendidikan keusahawanan dalam komuniti.
.
Sebanyak 10 usahawan mengambil bahagian dalam pameran jualan, menawarkan pelbagai produk menarik. Dalam masa yang sama, 50 orang pengunjung menjalani pemeriksaan kesihatan kendiri, membuktikan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
.
Program KidVenture – Usahawan Cilik juga mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 30 orang kanak-kanak dan remaja, yang diberi pendedahan awal tentang keusahawanan melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan.
.
Selain itu, bazar ini turut diserikan dengan taklimat keusahawanan, keselamatan dalam talian, pameran perkhidmatan pintar NADI, program KidVenture, serta sesi interaktif bersama komuniti.
.
NADI Chengal berharap kejayaan Bazar Raya NADI 2025 ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai usahawan, agensi, dan komuniti setempat. Semoga semangat keusahawanan dan perpaduan ini terus berkembang!
.
#bazarrayanadi2025 #keusahawanan #kesihatankendiri #kidventure #komunitibersama NADI Malaysia



