NADI TAMAN SENTOSA dibagikan pos  
4 di - Youtube

4 di

UCAPAN PENGHARGAAN – BAZAR RAYA NADI
🌙✨ Terima Kasih & Syabas Komuniti NADI! ✨🌙
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh komuniti NADI, khususnya di Lembah Pantai, serta 1,077 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak yang telah menjayakan Bazar Raya NADI dengan begitu luar biasa!
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan lebih 5,000 usahawan yang telah mengambil bahagian, serta kehadiran pelbagai agensi seperti Jualan Rahmah Madani, Jualan Ayam Perladang NAFAS, Jualan Agro Madani (FAMA), dan banyak lagi produk keperluan yang ditawarkan oleh usahawan NADI.
Lebih daripada sekadar bazar, program ini turut memperkaya peserta dengan webinar dan perkongsian keusahawanan bersama pakar industri, taklimat keselamatan dalam talian, serta sesi pendaftaran ahli baharu dan usahawan NADI.
Terima kasih juga kepada YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, yang telah menyempurnakan pelancaran rasmi Bazar Raya NADI di NADI Seri Pantai, Kuala Lumpur.
Komitmen, semangat, dan dedikasi anda semua telah menjadikan acara ini satu pencapaian yang luar biasa! Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kemajuan usahawan tempatan dan pengukuhan komuniti digital di seluruh negara.
💙 Terus maju bersama NADI – Ke Arah Digitalisasi Madani! 💙
#bazarrayanadi2025 #usahawannadi #digitalisasimadani #nadilembahpantai