Biarpun berdepan pelbagai cabaran serta pahit getir, pasukan Sang Saka Biru terus berdiri teguh memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ternilai harganya.

Sempena sambutan Hari Polis ke-218 hari ini, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM.

Semoga ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka, lebih-lebih lagi dengan sambutan Syawal yang semakin hampir.

Selamat Hari Polis,
@PDRMsia
!

Teruslah berkhidmat dengan penuh adil, dedikasi, amanah dan integriti, demi kesejahteraan rakyat dan negara.

image