Dengan penuh hormat dan takzimnya, patik mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, Yang di-Pertuan Agong, sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada hari ini.
Patik merafakkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong, serta seluruh kerabat Diraja Johor dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, terus diberi keafiatan dan sentiasa dilimpahi kedaulatan yang penuh.
Daulat Tuanku.
FB: https://www.facebook.com/share/p/16TBmeuc5V/
IG: https://www.instagram.com/p/DHhqWqdBkF3/
X: https://x.com/fahmi_fadzil/sta....tus/1903642795493183