Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sungai Kayu Sandakan ini merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama CelcomDigi Berhad dan Nera (Malaysia) Sdn Bhd. Ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Matlamat utama kerajaan menubuhkan NADI ini adalah untuk memastikan komuniti tempatan memperoleh capaian internet agar jurang digital antara masyarakat bandar dan luar Bandar dapat dirapatkan, selaras dengan matlamat Pelan Jalur lebar Kebangsaan.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT dengan memberikan lebih tumpuan kepada masyarakat luar bandar kerana capaian internet yang agak terhad dan sekaligus berfungsi sebagai sebuah pusat komuniti yang berpengetahuan melalui penyediaan kelas / latihan ICT & keusahawanan kepada komuniti di sekitarnya.
Profile NADI:
NADI Kg Sungai Kayu terletak di Kg Sungai Kayu Batu 7 Sandakan Sabah. Anggaran penduduk yang tinggal di sekitar NADI adalah seramai 1000 orang. Antara infrastruktur yang terdapat di kawasan ini adalah satu buah sekolah iaitu SK Kg Sungai Kayu, tabika KEMAS, masjid dan kemudahan awam seperti dewan serbaguna.
Perkhidmatan NADI:
NADI Kg Sungai Kayu menyediakan perkhidmatan seperti penggunaan komputer, mencetak, fotokopi, pengimbas, laminate, binding, kelas ICT dan kelas keusahawanan. NADI Kg Sungai Kayu dilengkapi dengan kemudahan seperti 20 unit komputer dan anda boleh mendapatkan capaian internet di NADI kami. Selain itu, untuk ahli yang telah mendaftar anda boleh mengikuti kelas latihan ICT secara percuma dan mengikuti kelas keusahawanan serta mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Semua ahli adalah digalakkan untuk melayari laman microsite dan Page Facebook rasmi untuk melihat serta mengetahui semua program dan aktiviti yang telah dijalankan mahupun yang akan diadakan. Mereka digalakkan sentiasa mengemaskini profil mereka serta memberikan maklum balas agar isi kandungan laman tersebut dapat diperbaiki dari masa ke semasa.
Waktu Operasi NADI:
Dibuka setiap hari dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang kecuali pada cuti umum.
Email Rasmi NADI:
pedikgsungaikayu17@gmail.com
Alamat Portal NADI:
https://www.picelcom.my/kg-sg-kayu
Alamat Facebook Rasmi NADI:
https://www.facebook.com/NADIKgSungaiKayu/