Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, NADI Pekan Kubu Gajah telah berjaya menyempurnakan Program Cash Society pada 17 Februari 2025. Kami telah menjemput pelbagai agensi awam seperti KWSP, Tabung Haji, Pejabat Tanah Selama, MySalam, MCMC Perak, NADI Kluster LMS (Cawangan Selama), Farmasi Hospital Selama, Bank Islam, Unifi,Amanah Ikhtiar Cawangan Selama. Agensi-agensi ini telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh komuniti setempat dan mendapat sambutan yang baik.
Selain itu, bagi memeriahkan suasana program, kami telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Mewarna Tabika KEMAS, Masakan (Pulut Kuning dan Rendang Ayam), Gubahan Tuala, Touch 'n Go Giveaway melalui Facebook, dan Quizizz. Kami juga telah menyediakan 15 cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir ke program ini.
Tambahan pula, kami turut menyediakan 3 gerai jualan usahawan yang menggunakan sistem pembayaran Cashless bagi membimbing komuniti setempat dalam menggunakan teknologi pembayaran moden.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Kubu Gajah, diiringi dengan bacaan doa oleh Imam Surau Al-Mardziah Kubu Gajah.
Terima kasih kepada Kluster NADI LMS yang sudi membantu kami, pasukan EO,MCMC Perak, JPKK Tebing tinggi dan KRT Kubu Gajah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.Terima Kasih


