📢 PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI bersama Jabatan Penerangan Kota Samarahan x NADI
👩🏻🏫 Jiwa @Komuniti MADANI – Sembang Santai Perkukuh Silaturahim di NADI
🗓️ 18 Jun 2025 (RABU)
⏰ 09 Pagi-12 Tengah Hari
📍 NADI Pekan Asajaya
NADI terus memainkan peranan penting sebagai ruang komuniti yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat. Program yang bertemakan "Jiwa @Komuniti MADANI – Sembang Santai" telah berjaya diadakan dengan meriah di ruang utama NADI, menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana mesra, terbuka dan penuh makna.
Platform Sembang, Ruang Peduli
Program santai ini membawa pendekatan tidak formal tetapi berkesan dalam membina hubungan antara pemimpin komuniti, belia, dan warga tempatan. Melalui sesi sembang santai, pelbagai isu semasa dikongsi dan dibincangkan secara terbuka daripada pembangunan belia, kesejahteraan keluarga, cabaran ekonomi, hinggalah kepada isu sosial seperti mentaliti masyarakat dan kepentingan nilai perpaduan.
Peserta juga diberi peluang untuk bertanya, berkongsi pendapat, dan mencadangkan idea kepada pemimpin setempat yang turut hadir. Pendekatan ini selari dengan semangat MADANI yang menekankan keterangkuman, keprihatinan dan kemajuan bersama.
Selain itu, NADI juga membuat saringan kendiri iaitu pemeriksaan tekanan darah , gula & bmi kepada komuniti yang hadir.
Selain itu pendaftaran MyDigital ID juga sempat dijalankan semasa program berlangsung.
TERIMA KASIH KEPADA PENGHULU,KETUA KAUM,KOMUNITI MADANI DAN AJK KAMPUNG YANG HADIR🤝
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) PEKAN ASAJAYA
Dimaklumkan bahawa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Asajaya akan ditutup sementara pada:
1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)
Bersempena dengan sambutan Hari Gawai dan Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Operasi akan disambung semula seperti biasa pada:
3 Jun 2025 (Selasa)
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda amat dihargai.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pengurus: Puan Rafiza (011-31411383)
Penolong Pengurus: Puan Dayang (011-31809309)
ARC Wilayah: En. Marcos (019-8776542)
Sekian, terima kasih atas perhatian anda.