π
19 April 2025 | Sabtu
π 10.00 pagi β 11.30 pagi
πPusat Sebaran Maklumat (NADI) Pedas
π Bengkel Teknik Membuat Kad Ucapan Digital (Aplikasi Canva)
Program NADI x Komuniti Madani telah berjaya dilaksanakan di NADI Pedas dengan kehadiran seramai 10 orang peserta daripada Komuniti Madani. Para peserta didedahkan kepada penggunaan asas aplikasi Canva, termasuk teknik ringkas dalam mereka bentuk kad ucapan digital. Sesi ini telah dikendalikan oleh staf yang berpengalaman dalam aplikasi reka bentuk tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat dalam menimba ilmu. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kebaikan dan pembangunan komuniti.
#komunitimadani #nadi #japen #mcmc


