Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ialah inisiatif Kementerian Komunikasi, dilaksanakan oleh MCMC. Ia menyediakan capaian internet dan pendedahan teknologi kepada komuniti tempatan, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial melalui kemudahan dan aktiviti di NADI.