• NADI merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
• NADI menyediakan capaian internet dan pendedahan teknologi kepada komuniti tempatan, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial melalui pelbagai kemudahan dan aktiviti.
• Terdapat lima (5) Perkhidmatan Pintar di NADI iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesedaran, Kesejahteraan Kendiri, Keusahawanan, dan Inisiatif Kerajaan.