NADI Kg Nosoob memainkan peranan penting dalam memajukan literasi digital di kalangan komuniti luar bandar, serta menyokong usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup dan kemajuan sosial ekonomi di kawasan tersebut.
Program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh MCMC dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini.
1. NADI X KEUSAHAWANAN
2. NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
3. NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI
4. NADI X KESEDARAN
5. NADI X INISIATIF KERAJAAN