Apa Itu Pengantunan Dalam Talian?
Pengantunan dalam talian adalah taktik individu berniat jahat untuk memperdaya kanak-kanak atau remaja dengan tujuan eksploitasi seperti pemerasan atau penderaan.
Bahaya Pengantunan Dalam Talian:
Boleh menyebabkan penderaan fizikal dan emosi.
Mengakibatkan trauma jangka panjang.
Berisiko menjadi mangsa pemerasan dan eksploitasi seksual.
Tanda-Tanda Pengantunan Dalam Talian:
Individu tidak dikenali mendekati secara tiba-tiba.
Meminta maklumat peribadi atau gambar.
Memberi hadiah atau pujian secara berlebihan.
Mengajak berkomunikasi secara rahsia.
Menggunakan ugutan atau pemerasan.
Cara Mencegah Pengantunan Dalam Talian:
Jangan kongsi maklumat peribadi.
Berhati-hati dengan individu mencurigakan.
Gunakan privasi media sosial dengan betul.
Berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai.
Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa, LAPORKAN SEGERA!
Talian Kasih 15999
Pertanyaan lanjut:
+6016-2698542 / sosafeshield@creativecentury.my.onmicrosoft.com
Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa!
#keselamatansiber #stopgrooming #jangantertipu
