National Information Dissemination Centre atau lebih dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan satu pusat yang menghubungkan komuniti kepada teknologi komputer dan capaian internet di kawasan luar bandar, selain mendidik komuniti mengenai asas IT serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial melalui program dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
Antara kemudahan yang disediakan di NADI adalah seperti kemudahan capaian internet, perkidmatan cetakan, latihan ICT, selain menyediakan 5 perkhidmatan pintar iaitu NADI Kesedaran, NADI Perkhidmatan Kerajaan, NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI Keusahawanan dan NADI Kesejahteraan Kendiri yang kini terdapat di NADI di seluruh negara Malaysia.