𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙨𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡 𝙧𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝘽 𝙁𝙖𝙝𝙢𝙞 𝙁𝙖𝙙𝙯𝙞𝙡, 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙤𝙢𝙪𝙣𝙞𝙠𝙖𝙨𝙞
Bukan setakat perbahasan jauh menyimpang daripada apa yang dibentangkan, malah pembangkang sendiri menunjukkan sikap tidak mahu membantu dalam proses memastikan Parlimen itu bebas.
Sedangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bertujuan mereformasi institusi dan menambah baik institusi demokrasi utama negara.
Saya bagi pihak kerajaan ingin menyatakan penghargaan kepada 148 ahli Dewan Rakyat yang telah mengundi untuk meminda Perlembagaan, membolehkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk menyertai Majlis Perkhidmatan Parlimen yang akan diwujudkan, Insya-Allah.
Ini satu detik bersejarah.
Kerajaan MADANI berjaya mengembalikan proses untuk mendemokrasikan institusi Parlimen.
#madanibekerja
#kerajaanmadani
FB: https://www.facebook.com/share/p/15m4S3xbJm/
IG: https://www.instagram.com/p/DGx23EZvQWM/
X: https://x.com/fahmi_fadzil/sta....tus/1896915195953582
TT: https://www.tiktok.com/@fahmi.....fadzil/video/7477935

