REPOST : FAHMI FADZIL
Kempen Internet Selamat sempena Hari Bersama Komuniti di NADI Sim Sim, Sandakan.
Saya sentiasa tekankan bahawa penggunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa.
Ini penting kerana kita tidak mahu anak-anak terjebak dengan kandungan negatif, buli siber, penipuan dalam talian, atau sebarang pengaruh yang boleh membahayakan keselamatan dan perkembangan mereka.
Sama-sama kita jadikan Internet tempat yang lebih selamat untuk generasi masa depan!



