24hb November 2025 - 🌧️ Lawatan & Pemantauan Banjir Temenung di Hutan Melintang 🌳
Hari ini, pihak Pejabat YB Wasanthee Sinnasamy turun ke lapangan bersama Tok Sidang dari Kampung Bunga Raya, Sungai Dulang, Kampung Baru dan Kampung Baru Timur untuk menziarahi 14 keluarga yang terjejas akibat banjir temenung yang melanda kawasan Hutan Melintang.
Walaupun YB Wasanthee kini berada di Ipoh bagi menghadiri Sidang DUN Perak, pihak pejabat bertindak segera turun padang untuk memastikan setiap keluarga yang terkesan mendapat perhatian dan bantuan awal.
Menurut laporan MetMalaysia, hujan berterusan sejak beberapa hari lalu telah meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah di Hilir Perak terutamanya Bagan Datuk, sekali gus menyebabkan air lambat surut dan menenggelamkan beberapa kawasan kediaman. Dalam lawatan ini, kami melihat sendiri kerosakan seperti bumbung yang bocor, perabot rosak, dan kawasan rumah yang masih digenangi air.
🤝 Seruan kepada semua Tok Sidang di kawasan Hutan Melintang:
Jika terdapat rumah atau keluarga lain yang terkesan akibat hujan lebat dan banjir temenung, laporkan secepat mungkin kepada Pejabat DUN Hutan Melintang supaya tindakan susulan dapat dilaksanakan.
Kami akan terus berhubung dengan pihak berkuasa, agensi berkaitan dan komuniti setempat untuk memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.Dalam keadaan mencabar ini, ingatlah — kita tidak bersendirian. Komuniti Hutan Melintang sentiasa kuat kerana kita saling menjaga dan saling mengangkat.
Terima Kasih kita mengucapkan kepada Saudara Ubai, Encik Azhim dan Saudara Zahid atas keprihatinan mereka dengan membawa perkara ini kepada perhatian kami.
#ybwasantheesinnasamy
#hutanmelintang #bagandatuk
#banjirtemenung #turunpadang
#bantuanbanjir #prihatinrakyat


+11








