Melahirkan usahawan yang inovatif dan berdaya saing melalui perkhidmatan pintar dan program latihan yang sistematik serta berstruktur yang disasarkan kepada usahawan dikalangan komuniti NADI dengan menggunakan fasiliti dan jalur lebar unggul yang tersedia di NADI di seluruh negara.
NADI x Keusahawanan terdiri daripada 3 sub-program:
NADI - Preneur : Inisiatif pembangunan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh usahawan bagi menghasilkan perniagaan yang mempunyai daya saing dalam pasaran.
NADI - EmpowHer : Inisiatif pemerkasaan usahawan khusus untuk golongan Wanita.
NADI - Kidpreneur : Program NADIKidpreneur akan memberi pendedahan asas-asas keusahawanan kepada kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).