𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2025 (BMT2025) telah dibuka mulai 𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak.
Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebelum ini, anda juga perlu mengemaskini semula permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan sila layari laman web rasmi RISDA Malaysia atau hubungi Pejabat RISDA berhampiran.
Terima Kasih.
#kitasamasama
#wargarisdamadani
#risdadimanamana
#kkdw
📢 Terima kandungan yang meragukan? Jangan panik, jangan sebarkan! Kini anda boleh semak kesahihan sesuatu maklumat dengan mudah melalui AIFA di portal Sebenarnya.my atau scan QR sahaja!
#aifa #sebenarnyamy #tidakpastijangankongsi
Dilea Open Live Class - Bahasa Melayu bersama Cikgu Tilash
📅Tarikh. : 16 Jun 2025 (Isnin)
⏰Masa. : 3:30 - 4:30 Petang
📍Tempat : NADI KG LAWANG
👥 2 peserta
#dilea
#perkhidmatanpintarnadi
#neramalaysia
#mcmc
Repost https://x.com/fahmi_fadzil
Sukacita saya kongsikan, sebanyak 3,149 'Access Point' (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP) menerusi fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Ini pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui @MCMC_RASMI, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (@MOHEOfficial).
Pagi tadi saya meluangkan masa ke Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.
Menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.
Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.
Hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.
Sempena keberadaan di UM tadi, saya turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.