REPOST FACEBOOK: YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi)
Sukacita saya kongsikan, sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP) menerusi fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Ini pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui MCMC, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pagi tadi saya meluangkan masa ke Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.
Menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.
Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.
Hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.
Sempena keberadaan di UM tadi, saya turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.
📢 Jom Follow WhatsApp Channel NADI untuk dapatkan Info terkini 📢
Hi semua! Nak tahu aktiviti, program di NADI dan inisiatif kerajaan terkini? Jom follow WhatsApp Channel Rasmi NADI sekarang! 📲
📌 Macam mana nak join?
👉 Klik pautan ini: https://whatsapp.com/channel/0....029Vb3INC9Elah2RRh2U
👉 Tekan ‘Follow’ & terus dapatkan info terkini!😊
Pencapaian 5G setakat suku keempat 2024...
Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.
Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.
Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.
Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.
Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.
Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DN serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.
Semoga segala usaha ini dipermudah.