NADI TAMAN INDAH LANDEH added new photos to HEBAHAN
7 w

𝐘𝐁 𝐓𝐞𝐨 𝐍đĸ𝐞 𝐂𝐡đĸ𝐧𝐠 𝐭𝐞đĨ𝐚𝐡 𝐛𝐞đĢ𝐭𝐞đĻ𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞đĢđŦ𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐋𝐈𝐅𝐄

Hari ini saya dan YB Teo Nie Ching (åŧ åŋĩįž¤) telah bertemu dengan Persatuan ALIFE (mewakili penganjur-penganjur konsert) dan syarikat-syarikat jualan tiket utama.

Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.

Kami teliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert, serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.

Selain dari ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, di mana pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.

Perbincangan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan.

image
image