Kerajaan MADANI akan pastikan tindakan pemantauan proaktif oleh MCMC serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan dalam talian dipertingkat.
Ini bagi memastikan iklan bahan lucah khususnya di media sosial dapat dikenal pasti, disekat dan diturunkan dengan kadar segera.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali di Dewan Rakyat pagi tadi, saya turut memaklumkan bahawa 3,670 laman sesawang bersifat lucah telah dikenakan tindakan sekatan dari 2022 sehingga 15 Februari 2025.
Dalam tempoh yang sama, 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah diturunkan oleh pelbagai penyedia platform media sosial, menerusi permohonan pihak MCMC berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Kita hendak pastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari buat semua pengguna.
Disebabkan itulah MCMC telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan platform terlibat mematuhi obligasi di bawah Akta 588, serta mengamalkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik), seterusnya meningkatkan akauntabiliti terhadap kandungan dan interaksi dalam talian yang disediakan kepada pengguna.
#madanibekerja
#fahmifadzil
#kementeriankomunikasi

image
image
image
image