Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dengan segala hormatnya, kami berbesar hati ingin menjemput anda untuk menyertai Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan.

Pendigitalan amat penting dalam era digital kini, dan eKelas Usahawan memperkasakan usahawan mikro melalui bengkel pemasaran digital berstruktur, menawarkan kemahiran praktikal dalam fotografi, penulisan kreatif dan pengiklanan dalam talian untuk mengukuhkan kemahiran digital mereka dalam meluaskan peluang pendapatan.

📌Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar
Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
Penyertaan adalah PERCUMA

Daftarkan kehadiran anda melalui poster-poster yang disediakan di dalam emel ini, dan pilih tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan anda.

📆14 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
📆18 Februari 2025 (Selasa), dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
📆21 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
📆28 Februari 2025 (Jumaat), dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari


✨Webinar ini akan diadakan secara dalam talian bertempat di NADI Padang Wahid dan pautan penyertaan akan diberikan melalui emel kepada peserta yang telah mendaftar. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama mempelajari kepentingan menggunakan kemahiran digital dalam perniagaan atas talian anda.

📍Lokasi: NADI Padang Wahid

Sebarang permasalahan atau pertanyaan, boleh hubungi staf di talian 013 - 494 8267

📌Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan meningkatkan kesedaran digital bersama.

image