Pada 18 Januari 2025, Kelas Mahir Masak Tiramisu telah berlangsung dengan penuh meriah di Bilik Latihan NADI Bukit Tingkat, menyatukan komuniti setempat dalam sesi yang santai tetapi penuh ilmu. Selama 1 jam setengah, peserta mempelajari teknik menghasilkan tiramisu viral bersama tenaga pengajar khas. Ada peserta yang pernah tengok cara membuatnya sebelum ini, tapi tak ada resepi spesifik—hari ini, mereka diajar langkah demi langkah untuk mencipta hidangan sempurna! 💡
✨ Terlepas kelas ini? Jangan risau! Banyak lagi kelas menarik, santai, dan seronok seperti ini akan diadakan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman yang menyeronokkan ini!
"Masakan yang hebat bermula dengan resipi yang dipelajari dan disempurnakan dengan kasih sayang."🫶




