π Kempen Internet Selamat (KIS) β Negeri Kelantan
π Lokasi: SK Cabang Tiga Chetok
π
Tarikh: Rabu, 24 September 2025
β° Masa: 8.00 pagi β 11.00 pagi
NADI Kampung Semuba dengan kerjasama NADI Kampung Repek telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
π― Objektif Program (Murid Tahap 2)
β
Memberi kefahaman tentang had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial.
β
Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
β
Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan
usia mereka.
π₯ Penyertaan
Seramai 80 murid Tahap Dua
π Modul Digunakan
Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
π₯ 2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru)
- β Husien Bin Sulaiman
- Ikon K-DAT (Pelajar)
- Muhammad Zayyan Hasif Bin Mohd Zaki
π Aktiviti : Modul 2 dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Tahap 2 dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
Pelajaran 1: Literasi Digital
Pelajaran 2: Had Umur Penggunaan Media Sosial
Pelajaran 3: Bahaya Media Sosial 1
Pelajaran 4: Bahaya Media Sosial 2
Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial
β
Hasil Program
Program Kempen Internet Selamat di SK Cabang Tiga Chetok telah memberi impak positif kepada murid dengan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan media sosial. Melalui taklimat ini, mereka semakin jelas tentang penggunaan media sosial lebih sesuai bermula pada usia 13 tahun ke atas, iaitu ketika tahap kematangan awal mula berkembang dan keupayaan memahami isu privasi serta keselamatan digital.
Selain itu, pelajar didedahkan kepada ancaman siber seperti buli, penipuan dan perkongsian maklumat peribadi, di samping kesannya terhadap emosi, keyakinan diri, pelajaran dan hubungan sosial. Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya menanam kesedaran awal tentang pengurusan Internet secara berhemah serta membentuk asas untuk melahirkan generasi celik teknologi yang bertanggungjawab di alam maya.
#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan