🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) – Negeri Kelantan
πŸ“ Lokasi: SK Pangkal Kala
πŸ“… Tarikh: Rabu, 10 September 2025
⏰ Masa: 2.00 petang – 4.00 petang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kampung Meranti dan NADI Kampung Repek (Kluster Pasir Mas) telah berjaya melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala, Pasir Mas, Kelantan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.

🎯 Objektif Program (Murid Tahap 2)
βœ… Memberi kefahaman tentang had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial.
βœ… Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
βœ… Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan
usia mereka.

πŸ‘₯ Penyertaan
Seramai 75 murid Tahap 2 telah terlibat dalam program ini.

πŸ“– Modul Digunakan
Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Sekolah Rendah (10-12 Tahun).

πŸ‘₯ 2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.

Ikon K-DAT Sekolah:

- Ikon K-DAT (Guru)
- ⁠Puan Zainab Binti Salleh

- Ikon K-DAT (Pelajar)
- Ahmad Syihabudin Bin Tajudin

πŸ“ Aktiviti : Modul 2 dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Tahap 2 dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :

Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
Pelajaran 1: Literasi Digital
Pelajaran 2: Had Umur Penggunaan Media Sosial
Pelajaran 3: Bahaya Media Sosial 1
Pelajaran 4: Bahaya Media Sosial 2
Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial

βœ… Hasil Program
Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan di SK Pangkal Kala telah membawa kesan positif kepada murid-murid. Melalui pendedahan ini, mereka semakin jelas bahawa penggunaan media sosial lebih sesuai bermula pada usia 13 tahun ke atas, iaitu ketika tahap kematangan awal mula berkembang dan keupayaan memahami isu privasi serta keselamatan digital.

Program ini turut membuka mata murid terhadap pelbagai ancaman dunia maya seperti buli siber, penipuan, dan perkongsian maklumat peribadi tanpa kawalan. Mereka diberi kefahaman bahawa bahaya ini bukan sahaja boleh menjejaskan keselamatan diri, malah turut memberi kesan kepada kesejahteraan emosi dan psikologi, termasuk hilang keyakinan, ketagihan gajet, pengabaian pelajaran serta renggangnya hubungan sosial di alam nyata.

Secara tuntasnya, kempen ini berjaya menanam benih kesedaran awal tentang kepentingan mengurus penggunaan Internet secara berhemah. Ia bukan sahaja membimbing murid ke arah penggunaan digital yang lebih selamat, malah membantu membina asas untuk melahirkan generasi yang celik teknologi serta bertanggungjawab di alam maya.

#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan