𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 @ 𝐍𝐀𝐃𝐈

📅 Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: NADI Kampung Meranti

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI telah berlangsung meriah di NADI Kampung Meranti dengan pelbagai pengisian menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang itu berjaya menarik penyertaan penduduk setempat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Tayangan Video Merdeka dan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Dekorasi Kek Merdeka, PertandinganBusana Merdeka Tercantik, Pertandingan E-Sukan (Mobile Legends: Bang Bang), Pertandingan Mewarna Kemerdekaan untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, serta Saringan Kesihatan Percuma.

Selain itu, sarapan percuma untuk 50 orang terawal juga disediakan, sekali gus menambah kemeriahan suasana sambutan. Program ini diadakan bukan sahaja untuk memupuk semangat patriotisme, malah turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan, program ini berjaya mencapai matlamat untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia, di samping memperkukuh perpaduan serta semangat cintakan tanah air.

.
#nadikampungmeranti
#pusatsebaranmaklumatnasional
#programkhasmerdekadanharimalaysianadi
#merdekadinadi
#nadimcmc

image