🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan

📍 Lokasi: SK Long Gafar
📅 Tarikh: 3 Ogos 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi

MCMC bersama NADI Kota Bharu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Long Gafar.

Program ini bertujuan untuk membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan fungsi aplikasi internet. Untuk Tahap 2, objektif adalah untuk menjelaskan mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial, memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian serta membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.

👥 Peserta:
64 orang murid Tahun 6.

📖Modul yang Digunakan:
*Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).

6 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.

Ikon K-DAT Sekolah:

- Ikon K-DAT (Guru)
- Puan Nur Syuhada binti Abdul Malek

- Ikon K-DAT (Pelajar)
- ⁠Muhammad Nadiy Razin bin Riduan


📚 Aktiviti:
Tahap 2 :
Modul 2 dibahagikan kepada 5 kumpulan dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :
- Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
- Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial

✅ Hasil Program:
Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi asas kefahaman penggunaan internet yang selamat, kesedaran kepada murid tentang had umur akaun media sosial, bahaya penggunaan internet yang tidak terkawal serta menggalakkan mereka untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat.

#kempeninternetselamat
#mcmc
#nadikelantan