INISIATIF KERAJAAN - SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2025)
INISIATIF KERAJAAN - SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2025)
Pembayaran STR Fasa 2
1. Pembayaran STR 2025 Fasa 2 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
2. Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Januari 2025.
3. Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 2, semakan status dan pembayaran akan dilakukan pada 03 April 2025 (tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa).
Kaedah pembayaran:
1. Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan.
2. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).