Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat menjalani Ibadah puasa kepada yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam tapi turut sama berpuasa. Moga semuanya sihat walafiat.
Kami ingin berkongsi Podcast NADI e-Sukan Episod 7 bertajuk "Masa Depan eSports Selangor: Peluang, Cabaran & Peranan Persatuan" bersama Encik Mohd Hafis Bin Khairulah, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Selangor. Episod ini membincangkan perkembangan e-sukan di Selangor, cabaran industri serta peranan persatuan dalam membimbing komuniti e-sukan.
📌 Tonton Podcast Episod 7 di sini:
Selain itu, kami juga melampirkan Newsletter Februari yang mengandungi pelbagai info menarik termasuk perkembangan terkini program serta sorotan kerjaya dalam e-sukan bulan ini: Pengulas (Shoutcaster).
📎 Lampiran: Newsletter Februari
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Mohon petugas NADI membantu menyebarkan maklumat ini kepada komuniti setempat.
Sekian, terima kasih atas sokongan anda!